Saturday, February 16, 2013

KL Bird Park : Sempena Sambutan Hari Wilayah 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar pembaca sekalian? Harap sihat2 hendaknya...Kali ni Cikgu Madrid ingin berkongsi  gambar2 semasa melawat "KL Bird Park" sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Febuari 2013. 

Apa yang menariknya ialah pada setiap tahun ada promosi untuk masuk ke KL Bird Park  (Taman Burung Kuala Lumpur) pada harga yang istimewa. Kali ni hanya bayar RM 1 je untuk masuk..murah kan? Kalau hari biasa memang jauh beza...

  • Harga biasa (tanpa Mykad): Dewasa – RM 48 @ Kanak-kanak – RM 38
  • Harga biasa (Mykad): Dewasa – RM 25 @ Kanak-kanak – RM 12
  • Harga promosi (Mykad): Dewasa/ kanak-kanak – RM1

Walaubagaimanapun tawaran promosi KL Bird Park ini hanya pada hari tersebut sahaja. So, sebab tu la Cikgu Madrid tunggu time2 macam ni baru nak pergi..boleh berjimat..hehe ;)

Inilah antara gambar2 yang sempat diambil. Nak masukkan semua banyak sangat..so,masukkan sikit pon jadi la..asal boleh buat kenangan.




















Monday, February 4, 2013

Majlis Pelancaran Program NILAM SK Jalan Kuantan (1)

Assalamualaikum...

Pada 4 Februari 2013, Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1) telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan perasmian Oleh Guru Besar SK Jalan Kuantan (1).


Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan murid. Persembahan pertama ialah nyanyian Lagu Nilam yang disampaikan oleh murid Tahun 3 Gemilang.







Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan bercerita. Persembahan bercerita dibahagikan kepada 3 kategori iaitu cerita Bahasa Melayu, cerita Bahasa Inggeris dan cerita Agama.






Murid-murid memberikan tumpuan semasa sesi persembahan.








 

Selepas sesi persembahan, guru besar SKJK1 telah menyampaikan Anugerah Nilam 2012 kepada murid-murid yang berjaya. Pada tahun 2012, hanya 2 orang yang berjaya mendapat anugerah ini iaitu adik Adlin Najihah Binti Syazwan daripada kelas 4 Gemilang (Pengiktirafan Perak) & adik Muhammad Luqman Bin Mohd Lium daripada kelas 3 Gemilang (Pengiktirafan Gangsa).


Sebelum tamat majlis ini, semua murid dan guru diminta untuk menyanyikan lagu Nilam secara bersama-sama.







************************************************************************************
Dari kiri : GPKPentadbiran,Guru Besar, GPK HEM, GPK Kokurikulum

************************************************************************************

Lirik Lagu Nilam

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

************************************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...