Monday, February 4, 2013

Majlis Pelancaran Program NILAM SK Jalan Kuantan (1)

Assalamualaikum...

Pada 4 Februari 2013, Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1) telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan perasmian Oleh Guru Besar SK Jalan Kuantan (1).


Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan murid. Persembahan pertama ialah nyanyian Lagu Nilam yang disampaikan oleh murid Tahun 3 Gemilang.







Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan bercerita. Persembahan bercerita dibahagikan kepada 3 kategori iaitu cerita Bahasa Melayu, cerita Bahasa Inggeris dan cerita Agama.






Murid-murid memberikan tumpuan semasa sesi persembahan.








 

Selepas sesi persembahan, guru besar SKJK1 telah menyampaikan Anugerah Nilam 2012 kepada murid-murid yang berjaya. Pada tahun 2012, hanya 2 orang yang berjaya mendapat anugerah ini iaitu adik Adlin Najihah Binti Syazwan daripada kelas 4 Gemilang (Pengiktirafan Perak) & adik Muhammad Luqman Bin Mohd Lium daripada kelas 3 Gemilang (Pengiktirafan Gangsa).


Sebelum tamat majlis ini, semua murid dan guru diminta untuk menyanyikan lagu Nilam secara bersama-sama.







************************************************************************************
Dari kiri : GPKPentadbiran,Guru Besar, GPK HEM, GPK Kokurikulum

************************************************************************************

Lirik Lagu Nilam

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

************************************************************************************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...