Tuesday, September 20, 2011

Kisah Semut & Belalang


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nak dengar cerita tak? Pada kali ini Cikgu Madrid ingin berkongsi satu kisah yang sangat menarik iaitu "Kisah Semut dan Belalang".

Kisahnya bermula...

Pada suatu pagi yang damai, ada sekumpulan semut yang sedang bertungkus-lumus memunggah makanan untuk dibawa ke sarang mereka. Sambil bekerja, mereka semua rancak menari dan ada seekor semut yang terkenal sebagai penyanyi dalam kalangan mereka iaitu Semut Merah namanya. Dia menyanyikan lagu ‘ Mari Kita bekerja’ dengan merdu sekali.

Semut Merah: Mari kita bekerja....

sambil goyangkan badan...

ikut rentak.. sama-sama....
lalala..

Dalam rancak semut-semut itu menari dan menyanyi, tiba-tiba datang seekor belalang yang tinggi, badan besar dan tangan yang tajam. Sekali Si belalang itu menghayunkan tangannya dapat menyebabkan semut-semut itu rebah dalam sekelip mata sahaja.

Friday, September 16, 2011

Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Malaysia 2011


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.

Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

Kibarkan Jalur Gemilang

Bendera Malaysia


Pesanan Ikhlas daripada,
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...