Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nak dengar cerita tak? Pada kali ini Cikgu Madrid ingin berkongsi satu kisah yang sangat menarik iaitu "Kisah Semut dan Belalang".
Semut Merah: Mari kita bekerja....
sambil goyangkan badan...
ikut rentak.. sama-sama....
lalala..
Dalam rancak semut-semut itu menari dan menyanyi, tiba-tiba datang seekor belalang yang tinggi, badan besar dan tangan yang tajam. Sekali Si belalang itu menghayunkan tangannya dapat menyebabkan semut-semut itu rebah dalam sekelip mata sahaja.
Belalang : Hoi! apa kamu semua buat kat sini ?
Semut : Kami sedang mencari makanan untuk di bawa ke sarang. Tak lama lagi akan tibanya musim kemarau yang sangat dahsyat. Kamu tak mendengar berita ke?
Belalang : Aku tak peduli la dengan cerita karut kamu semua ni. Mana ada kemarau, aku tengok keadaan sekarang biasa saja. Baik kamu semua pergi dari kawasan ini, kalau tidak aku akan melaporkan perkara ini kepada ketuaku..
Semut Merah :Kenapa kami harus pergi dari sini sedangkan kawasan ini tak ada sesiapa yang punya. Semua binatang boleh datang mencari makanan di kawasan ini.
Belalang :Oh, kamu semua melawan ya...siap la kamu nanti !
Semua kaum semut telah kembali semula ke sarang dan menceritakan kejadian tersebut kepada ketua mereka iaitu Ratu Semut. Ratu Semut berasa marah dengan tindakan belalang tersebut. Ratu telah menasihati semua rakyat-rakyatnya supaya bersabar dan dia berjanji akan memikirkan penyelesaiannya.
Tiba-tiba terdengar laungan kuat dari luar disertai dengan ketukan yang bertalu-talu. Kelihatan dari tirai-tirai jendela, segerombolan belalang datang dan berhimpun di depan pintu sarang semut. Tidak dapat dikira betapa ramainya belalang-belalang tersebut kerana tersangatlah ramai seperti hendak berperang.
Ketua Belalang: Hoi! keluar kamu semua. Berani kamu menjejakkan kaki ke kawasan jajahanku! Kamu semua tak tahu ke, kawasan itu adalah kawasan larangan bagi kaum-kaum semut sepertimu !
(Dengan perasaan angkuh dan bongkaknya Ketua Belalang itu berkata-kata...)
Ratu Semut : Kenapa bising-bising dekat luar ni... kalau iapun belalang, bagi la salam dahulu bila datang ke tempat orang..ini tidak, datang-datang je nak mengamuk... bukan ke tidak elok dilihat oleh jiran tetangga.
Ketua Belalang: Kamu tanya la sendiri kaum-kaummu, apa yang mereka sudah lakukan dikawasan jajahanku. Berani mereka mencari makanan di sana tanpa keizinanku.
Ratu Semut : Sekiranya tempat itu adalah kawasan jajahanmu, maka kawasan ini adalah jajahanku...jadi kamu juga tidak mendapat izin dariku.. adilkah begitu? (Raja Semut dengan berhemahnya menuturkan kata-kata) Apa kata kita semua duduk berbincang terlebih dahulu. Apa pendapat kamu wahai Ketua Belalang?
Ketua Belalang: Ha...ha..ha... apa kamu kata tadi, mengadakan perbincangan?
Ha...ha..ha... ( semua belalang ketawa dengan kuatnya)
Kamu ingat kaum aku dengan kamu setaraf ke, tengok la diri kamu tu dulu. Dari segi fizikal pun da banyak beza apatah lagi benda-benda lain...
Ratu Semut :Sungguh angkuh kata-katamu wahai Ketua Belalang. Sebagai seorang ketua, kamu sepatutnya mengawal dan mendidik rakyatmu dengan sebaiknya supaya mereka dapat menjadi rakyat yang berguna. Bukannya membawa mereka ke arah keburukan dengan tindakan sebegini. Sungguhpun kaum kami kecil tetapi bukan bermakna hati kami juga kecil. Kami sangat bersyukur kerana hati dan budi kami murni dan kaya dengan budi bahasa...
Ketua Belalang:Ah! Tak perlu kamu berceramah di sini. Aku datang bukan untuk mendegar ceramah darimu. Nanti akan tiba masanya untuk aku membalas segala perbuatanmu.
(Ratu Semut hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dalam hatinya menyatakan betapa kerasnya hati Ketua Belalang tersebut dan sukar untuk dilembutkan...)
Ketua Belalang: Kenapa kamu senyap...dah tak de idea ke..( dengan nada perli). 2 bulan lagi aku akan datang untuk memberikan pengajaran kepada kamu semua! Mari semua kita beredar dari tempat ini.
Kaum semut tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan apa yang akan berlaku 2 bulan nanti...Adakah kaum mereka semua akan hancur diserang oleh kaum belalang? Itulah yang sentiasa bermain di fikiran mereka.
Ratu Semut :Kamu semua janganlah bimbang. Kita perlu yakin dan berusaha untuk mengatasi masalah ini. Tuhan akan sentiasa menolong hamba-hambanya yang memerlukan. Apa yang penting kita perlu banyak-banyakkan berdoa dan mengingatinya. Malam ini, kita akan adakan satu mesyuarat tergempar. Kamu semua perlu hadir untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.Menyuarat tergempar telah diadakan oleh kaum semut.
Ratu Semut : Semua sudah bersedia ye..tapi sebelum tu kita mulakan dengan bacaan Al-fatihah terlebih dahulu supaya mesyuarat kita mendapat keberkatan dan moga-moga kita semua akan menemui jalan penyelesaiannya nanti. Amin..
Semut Merah :Saya ada satu idea, Ratu..
Ratu Semut :Idea apa tu, boleh kamu nyatakan..
Semut Merah : Apa kata kalau kita bina pagar...macam mana ?
Ratu Semut : Bagus juga idea kamu tu..apa pendapat kamu semua wahai rakyatku?
Semut Hijau : Pada pendapat saya...Kita boleh membina pagar, tetapi dengan daya dan fizikal kita seperti ini tidak mampu untuk membinanya dalam masa yang teramat singkat. Sekiranya kita bina pagar, mestilah mengelilingi seluruh kawasan kita ni, tetapi sekiranya pagar yang dibina itu rendah dan tidak kukuh, maka senanglah kaum belalang itu memecahkannya dengan menggunakan kaki dan tangannya yang tajam itu.
Ratu Semut : Kalau macam tu, cara apakah yang paling sesuai untuk kita menghadapi belalang-belalang tersebut?
Semut Hijau : Pada pandangan saya, kita perlu membina satu replika binatang yang lebih besar daripada belalang supaya mereka akan jadi takut apabila melihatnya nanti.
Semut Merah : Bukan ke sekiranya kita membina replika binatang tersebut akan lebih menyusahkan lagi dari kita membina pagar...
Semut Hijau : Kalau kita semua bekerja sama dan bersatu hati, maka semuanya dapat kita lakukan. Replika ini bukannya perlu di bina mengelilingi kawasan kita, tetapi kita hanya perlu bina seekor sahaja tetapi perlu cukup besar berbanding dengan kaum belalang itu. Kita perlu bahagikan kepada setiap kumpulan, yang mana kumpulan tersebut akan membina bahagian kaki, badan, tangan dan sebagainya yang memerlukan kita yang akan mengerakkannya nanti...
Ratu Semut :Bagus juga idea kamu itu, replika tersebut semestinya kuat kerana kita semua berada di dalammya dan mengerakknnya. Siapa yang setuju dengan idea tersebut?
( Kedengaran sebahagian besar semut telah bersetuju dengan idea yang diberikan oleh Semut Hijau itu tadi )
Operasi membina replika binatang telah dimulai. Semua semut telah diberikan tugas dalam kumpulan masing-masing..
Hari berganti hari dan tinggal beberapa minggu sahaja lagi, kaum-kaum belalang akan datang menyerang kaum semut. Semuanya sibuk menyiapkan kerja masing-masing dengan bertungkus lumus. Kelihatan semut-semut betina sedang menyiapkan makanan dan minuman kepada semut jantan yang sibuk bekerja. Semuanya mengambil bahagian dan tidak terkecuali seekor semut pun dari operasi tersebut.
Tibalah masa dan saat-saat yang ditunggu oleh semut. Satu peperangan yang dahsyat akan berlaku diantara kaum yang kecil dengan kaum yang lebih besar.. Pertempuran tersebut berlaku pada musim kemarau yang teramat sangat. Walaubagaimanapun, kaum-kaum semut yang rajin telah mengumpulkan makanan terlebih awal lagi untuk menghadapai hari tersebut.
Sayup-sayup kedengaran bunyi bising berteriakan...tanah-tanah bergegaran sehingga pasu-pasu bunga yang di tanam oleh semut bergegar di sebabkan oleh kekuatan kaum belalang tersebut..
Keluarlah senjata dari kaum semut iaitu replika binatang yang sangat besar. Replika tersebut digerakkan dengan seluruh kudrat semut-semut tersebut. Kaum belalang terkejut dengan hasil ciptaan kaum semut. Peperangan telah bermula dan kaum semut telah berjaya memusnahkan banyak kaum belalang dengan senang. Hal ini kerana kaum-kaum belalang kekurangan tenaga akibat musim panas tersebut dan daun-daun hijau semuanya menjadi kering. Akhirnya kaum semut berjaya menghapuskan kaum-kaum belalang yang angkuh dan kuat itu.
Moral daripada cerita Semut dan Belalang adalah, janganlah kita mementingkan status diri kita dan jangan beranggapan bahawa golongan yang besar itu tidak boleh berkawan dengan golongan bawahan. Selain itu juga tidak semestinya kelemahan itu di ukur melalui besar ataupun kecil status tersebut. Sepatutnya kita perlu hidup bersatu padu dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Tuhan menjadikan semua mahkluk dengan sempurna dan tidak pernah membezakan antara satu sama lain. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
*Kisah ini telah dibentangkan semasa sesi pengajaran mikro dan makro.
*ABM ini telah dibuat oleh Jaded Jade (Thanks)
Cerita asal,.. Klik Di Sini
No comments:
Post a Comment