Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu Madrid ucapkan kepada semua. Kali ni Cikgu Madrid nak kongsi 1 kisah lawak yang pasti membuat anda ter.................!!! Lawak ni nampak macam ".....u......a......" sikit. Harap jgnla pk yg bukan2 yer... Selamat membaca!!!
Kisahnye lebih kurang macam ni la...
Ada 2 orang gadis yang cantik. Mereka ni kawan baik la...duduk pon 1 rumah yg sama. Memang kalau nak pergi mane2 pon berdua...xleh nk berpisah... Kalau dalam kelas Cikgu Madrid ade jgk sahabat yg mcm ni... (nama dia MASRATNA & AWANIS)...jgn marah ye sbb pakai nama korang!. Tp Cikgu Madrid bukan nak citer pasal diorang...
Walaupun mereka ni sahabat baik, ade 1 perkara yg mereka sgt berbeza. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).
Pada suatu hari, mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...
Lalu terjadila perbualan antara mereka...
M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita 34 minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.
M : Alamak, dengan kelajuan kita berjalan macam ni, dalam 15 minit lagi dia akan berjaya tangkap kita. Adoiii, apa yang harus kita buat?
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.
M : Itu tidak banyak membantu laa, macam mana ni.
L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.
M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kelajuan kita macam ni, dia akan dapat menangkap kita dalam masa 2 minit je lagi.
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.
Setelah mereka berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba di rumah terlebuh dahulu dan dia khuatir akan keselamatan kawannya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Alahamdulillah...Syukurla ko dah selamat. Ape citer td? Camne ko dpt lepaskan diri?
L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. aku tahu..Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan ko?
L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.
M : Kemudian...?
L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...
M : Jadi.. Apa yang ko buat?
L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam! (haa....jgn pikir yg bukan2!!!)
M : Alamak... jadi apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...
M : Alamak... jadi apa yang berlaku?
L : So, lepastu aku terus lari sekuat mungkin la.. Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya, mestila dapat lari lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh! Langkah aki lebih besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... hehe.. So akhirnya aku terlepasla dari lelaki itu.
M: Ha ha ha ha Memang logik!
No comments:
Post a Comment