Saturday, February 6, 2010

Teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu

Terdapat 3 teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu dari Tanah Arab, China dan negara India.

Islam datang dari Tanah Arab.

Di Tanah Melayu, terdapat bukti-bukti bahawa islam adalah datang dari Tanah Arab. Contohnya, Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun diislamkan pada tahun 531H/ 1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Shiekh Ahmad al-Qaumiri al-Yumani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990:60).

Menurut catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-oran Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 M (Abdullah Ishak, 1900:35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Malayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001:165).


Hubungan perdagangan telah pun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...