Wednesday, January 5, 2011

LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

*Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan pada tahun 2007 sempena perayaan menyambut 100 tahun kepengakapan di Malaysia.

Lirik Lagu

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

LENCANA PENGAKAP



P/S : Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

LENCANA KEAHLIAN


Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap.

Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut : -

1. Peraturan pakaian seragam Pengakap
2. Prinsip Rukun Negara
3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
4. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
5. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap
6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell
7. Simpulan & ikatan : -
- Buku Sila
- Bunga Geti
- Simpul Manuk
- Tindih Kasih
- Lilit Dua Simpul
- Lilit Pemati Biasa

Contoh Borang Ujian Lencana Keahlian :-

p/s: Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

LAUNG AGUNG

Apa itu Laung Agung?

Laung Agung merupakan :
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila Laung Agung diadakan?

1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

Cara Melakukan Istiadat Laung Agung

1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)

2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….”

3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.

4. AKELA mendepakan tangan; PKK mengangkat tumit.

5. AKELA merapatkan tangan ke paha;
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata "A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK".

6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’

7. Semua PKK bangun dalam keadaan sedia, hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’

8. AKELA membalas hormat PKK.

9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

PAKAIAN PENGAKAP






PERSETIAAN PENGAKAP


Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap. Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.

PENGERTIAN PERSETIAAN PENGAKAP

Taat kepada Tuhan

Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

Taat kepada Raja

Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,
Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

Taat kepada Negara

Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.

Menolong orang pada setiap masa

Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

Menurut Undang-undang Pengakap

Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap ialah seorang yang sentiasa DIPERCAYAI, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

2. Pengakap ialah seorang yang TAAT kepada DYMM Yang-Dipertaun Agung serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya,dan orang-orang bawahannya.

3.Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya BERGUNA dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah BERSAUDARA dan bersahabat kepada sekalian orang dan Pengakap lain malah apa negeri, pangkat dan agama sekalipun.

5. Pengakap ialah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa BERBUDI.

6. Pengakap adalah baik dan KASIHKAN BINATANG.

7. Pengakap ialah seornag yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengkapnya tanpa apa-apa soalan.

8. Pengakap ialah seorang yang sentiasa TABAH HATI, sabar dan sentiasa manis air mukanya walau dalam kesusahan.

9. Pengakap ialah seorang yang BERJIMAT cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN dan SUCI PERBUATAAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...